Saturday, 13 April 2013

Ucapan Pengerusi KRT semasa persamian KRT

Ucapan Pengerusi KRT

~          bacaan doa “rab bi shra li sad ri….”
~          salam “assalamualaikum wbt” dan salam perpaduan
~          terima kasih tuan pengerusi majlis
~          Yang Dihormati Puan Sherly Azlina binti Hj Ali Pembantu Kanan Pegawai Perpaduan Daerah, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk TKPI En Zainal Abidin
~          Yang Berusaha semua AJK KRT TKPI
~          Yang Dikasihi lagi Disayangi  tuan2 , puan2 dan anak-anak penduduk TKPI ini.
           
Tuan2 dan Puan2
~          Akhir-akhir ini kita telah dikejutkan dengan pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.
~          Ianya bagaikan mimpi ngeri kepada penduduk setempat khususnya di Kg Tanduo.
~          Walaupun ianya jauh dari taman ini, namun hakikatnya pekara ini telah pun berlaku dibumi Malaysia yang tercinta ini.
~          Sekarang ini sudah ada anasir-anasir subersif dari dalam dan luar negara samada ada secara nyata atau secara tersembunyi untuk melumpuh negara sebagaimana yang telah berlaku di semenanjung Arab atau dikenali dengan nama “Arab Spring”.  
~          Antara negara yang dulunya aman dan kini banyak berlaku pertumpahan darah  sesama penduduk tempatan ialah di negara Mesir (Hosni Mubaraq), Syria(Basar Al-Assad), Libya (Muamar Gadafi) dan Tunisia (Zine el Abidine Ben Ali).

Tuan2 dan Puan2
~          Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, seharunya lebih berwaspada dari bisikan-bisikan syaitan yang bertopengkan manusia, yang sentiasa memujuk dan menghasut rakyat dengan menyebarkan propaganda palsu bagi menghapuskan perpaduan kaum yang selama ini terjalin dengan baik.  
~          Kita telah melalui fasa perpecahan kaum yang dahsyat pada 13 Mei 1969 dan kita tidak sanggup ianya berulang sekali lagi pada anak cucu kita dibumi bertuah ini.
~          Marilah kita berlapang dada dengan mencari titik persamaan dan menyelesaikan segala titik perbezaan dengan berhemah agar perpaduan kaum dapat dikekalkan diMalaysia amnya dan ditaman TKPI ini khususnya.

Tuan2 dan Puan2
~          KRT taman TKPI ini telahpun mengambil pendekatan proaktif sejak ianya ditubuhkan pada penghujung tahun 2011. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada tahun lepas seperti sambutan Maulidurrasul, Marhaban, Merdekaraya dan kem motivasi siri 1/2012. Semua aktiviti tahun lepas tuan/puan boleh rujuk kepada laman sesawang KRT iaitu krt-kpi.blogspot.com
~          Pada tahun ini bermula dengan kem motivasi siri 1/2013 yang berlangsung pada 24hb Mac 2014 hari Ahad yang lalu telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari penduduk taman ini dan juga orang luar.
~          Aktiviti Kedua tahun ini ialah Hari Perpaduan yang berlangsung sekarang juga mendapat sambutan tidak kurang hebatnya.
~          Kita juga telah merancang beberapa lagi aktiviti kemesyarakatan seperti Gotong royong, lawatan keluar daerah, sukaneka dan yang lainya untuk tahun ini.
~          Kami sangat berharap segala aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh KRT sentiasa mendapat sambutan menggalakan dari penduduk taman TKPI ini.  

Tuan2 dan Puan2
~          Hingga ke hari ini, untuk makluman tuan/puan asset milik KRT TKPI ini terdiri daripada 2 buah khemah, 2 periuk besar, 1 kawah, 10 dulang, dan2 dapur (tungku dan gas). Ianya hasil sumbangan dari YB ADUN Mengkibol. Semua asset ini kita tumpang di Tabika Perpaduan.
~          Besarlah harapan KRT ini agar asset ini dapat ditambah dimasa akan datang. Barang-barang lain yang kita masih perlukan lagi ialah kerusi dan meja, lampu dan kipas khemah, selain PA system.  Kita di KRT ini juga berbesar hati sekiranya ada dikalang tuan/puan yang ingin menyumbang peralatan tersebut kepada KRT ini.
~          KRT ini akan cuba berusaha bagi memohon untuk membina sebuah balairaya di Taman Kiaramas dan court permainan di Taman Pelangi Indah. Lot tanah sudahpun dikenalpasti cuma perlukan paper work yang lengkap untuk submit.

Tuan2 dan Puan2
~          Sebelum saya akhiri ucapan saya ini marilah kita renungkan kata-kata yang berikut:
“Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang sempurna, sehinggalah ia kasih kepada saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri”. ~ Hadis
“Setiap kita harus hormat hak dan perasaan masing-masing, bertolak ansur dengan agama orang lain, adat dan tabiat, kerana menerusi kepelbagaian itu kita boleh mendapat perpaduan yang sebenar”. ~Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
“We are only as strong as we are united, as weak as we are divided.”  ~J.K. Rowling, Harry Potter and the Goblet of Fire
“All for one and one for all.”  ~ Alexandre Dumas

~          Saya sudahi dengan “wa bil la hi tau fik wal hidayah….”

No comments:

Post a Comment