Wednesday, 12 September 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri 2012

Keseluruhan AJK KRT Taman Kiaramas dan Taman Pelangi Indah 2012 ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada semua penduduk sekiranya ada kesalahan dan kesilapan sepanjang mentadbir dan mengurus persatuan ini.

Setelah sebulan berpuasa, berlapar dahaga semua umat Islam meraikan kejayaan dihari raya yang mulia ini. Apa yang penting ialah kita sepatutnya bergembira dihari yang mulia ini dengan kunjung-mengunjung dan saling memaafkan.

Sempena syawal ini juga, pihak KRT telah menjayakan program marhaban rumah ke rumah dan ianya mendapat sambutan yang amat menggalakan dari semua penduduk yang beragama Islam dari Jalan Kiaramas 16 hingga lah ke Jalan Pelangi Indah 4.

Pihak KRT ini amat terharu dengan sambutan yang diluar jangakaan ini dan berharap ianya akan diteruskan dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment