Keseluruhan AJK KRT Taman Kiaramas dan Taman Pelangi Indah 2012 ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada semua penduduk sekiranya ada kesalahan dan kesilapan sepanjang mentadbir dan mengurus persatuan ini.
Setelah sebulan berpuasa, berlapar dahaga semua umat Islam meraikan kejayaan dihari raya yang mulia ini. Apa yang penting ialah kita sepatutnya bergembira dihari yang mulia ini dengan kunjung-mengunjung dan saling memaafkan.
Sempena syawal ini juga, pihak KRT telah menjayakan program marhaban rumah ke rumah dan ianya mendapat sambutan yang amat menggalakan dari semua penduduk yang beragama Islam dari Jalan Kiaramas 16 hingga lah ke Jalan Pelangi Indah 4.
Pihak KRT ini amat terharu dengan sambutan yang diluar jangakaan ini dan berharap ianya akan diteruskan dari masa ke semasa.
Wednesday, 12 September 2012
Tuesday, 15 May 2012
Selamat Hari Ibu
Happy Mother Day
Selamat Hari Guru
Happy Teacher Day
Kami KRT Taman Kiaramas / Pelangi Indah ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu pada 13-05-2012 dan Selamat Hari Guru pada 16-05-2012.
Kami mendoakan semua ibu-ibu khususnya di Taman Kiaramas / Pelangi Indah sentiasa sihat dan gembira selalu.
Bagi kaum pendidik kami juga mendoakan semoga anda semua ceria dan sabar dalam menjalankan tugas-tugas seharian di sekolah.
Saturday, 21 April 2012
Al-Fatihah
1. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Cikgu Sharin bin Hj Shamsudin (Guru Kolej Vokasional Kluang) beralamat di No 4 Jalan Kiaramas Taman Kiaramas yang telah kembali kerahmatullah pada petang Khamis 20hb April 2012.
2. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
3. Al-Fatihah. Amin.....
2. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
3. Al-Fatihah. Amin.....
Wednesday, 11 April 2012
2012 Yang Lebih Mencabar
Salam sejahtera.
1. Alhamdulilah kita sudah empat bulan mengharungi tahun 2012.
2. KRT Taman Kiaramas/Pelangi Indah telah berjaya mengadakan empat kali mesyuarat dua mesyuarat AJK dan dua lagi mesyuarat Biro Agama.
3. Dalam jangka empat bulan ini juga KRT ini telah berjaya mengadakan dua aktiviti iaitu Sambutan Maulidurrasul dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak.
4. KRT ini dalam proses rebranding untuk memperkasa kesemua AJK dan biro-biro yang sedia ada. Segala idea serta usaha yang telah dan ingin dilakukan semoga mendapat sambutan semua mesyarakat di kejiranan Taman Kiaramas dan Taman Pelangi Indah.
5. Pihak AJK dan biro-biro optimis segala akviti-aktivi yang dirancang dan yang akan dijalankan mampu mencapai matlamat akhirnya iaitu meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.
6. Marilah kita berlapang dada, mencari titik persamaan dan bersatu hati menjayakan segala aktiviti secara bersama.
Sekian.
Webmaster@Setiausaha

Subscribe to:
Comments (Atom)